Tiga Watak Baru Doodle Noodle
Idea ini tercetus apabila aku terjumpa artikel Don di internet. Aku catat dalam buku lakaran. Aku cuba jelajah Perancis di internet dan aku temui beberapa monumen yang menarik untuk di lukis. Aku terus lakarkan , lukis dan warnakan sedikit.
Ketika berpuasa perut aku lapar, Apa makanan orang Perancis ? Aku jelajah dan lukis. Kelaparan terus mencengkam diri. Namun aku tabah.
Aku tambah dengan dua lagi monumen yang susah nak dilukis. Notre Dame Church dan Arch of Triumph.
Aku selalu ada masalah untuk menyiapkan kerja. Aku tambah je la apa yang ada dalam kepala aku.
Cukuplah setakat itu . Doodle ini aku dianggap siap.





Comments
Post a Comment