Doodle Ubat Gigi

Hai ,

Selepas bersahur aku ke bilik air untuk menggosok gigi. Aku picit tiub ubat gigi tetapi isinya tak keluar. Adus ................ sudah habis isinya. Aku terus gosok tanpa guna ubat gigi. Perkara utama yang aku fikir adalah tidak boleh ada sisa makanan di celah gigi sebab aku berpuasa.

Ketika zaman dahulu, mereka gosok gigi tak ? Guna berus gigi ke ? Ada ubat gigi ke ? 101 persoalan timbul.

Apa yang pasti, Rasulullah suka umatnya menggosok gigi atau bersugi atau bersiwak. Jika boleh menggosok gigi setiap kali mahu berwuduk. Jika malas, berkumur kumurlah. Ok.

Idea utama untuk doodle noodle aku adalah ubat gigi. Aku lukis tiub ubat gigi. Selepas siap melukis tiub ubat gigi, aku tinggalkan je doodle tu.


Kemudian aku kembangkan idea doodle ini kepada 3 manusia tidak menggosok gigi dan kemajuan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan mereka.


Aku sambung semula doodle noodle aku dengan mukataip dan kotak kotak menyerupai kenderaan.


Doodle ini juga aku biarkan biarkan terbengkalai. Jika ada idea tambahan aku sambung semula dikemudian hari. 

Kenapa selalu jadi camni ye? Buat kerja tak habis...............

Comments

Popular posts from this blog

Melukis Chibi

Tiga Watak Baru Doodle Noodle

Doodle Dream On